Thursday, March 21, 2013

PHOTO EDITING

Saya memulakan career saya sebagai graphic designing.
Amartur. Harap dapat komen untuk penambahbaikan! :]









MY COLLECTIONS [setakat ni la]

Friday, March 8, 2013

Senyuman Itu

Dulu,
senyuman itu,
sentiasa terukir di wajah itu,
biarpun pemilik senyuman itu,
hatinya gusar tika kesusahan,
dirinya gelisah tika kemusykilan.

Senyuman itu,
amat memukau hati ini,
sebagai penghibur diri,
tika masalah melanda diri ini,
aku mengerti,
dia tidak mahu lagi melihat diri ini bersedih,
dia tidak sanggup lagi melihat aku menangis,
dia tidak berdaya melihat diri ini berduka.

Senyuman itu,
tidak dapat ku lupakan,
karena sentiasa terbayang lakaran senyuman itu,
yang terukir di hati ini,
sebagai penghias hari-hariku,
lukisan yang begitu indah.

Tetapi kini,
aku tidak dapat lagi,
melihat lakaran itu,
menatap lukisan itu,
merenung senyuman itu,
kini senyuman itu tinggal kenangan.

Aku mengerti,
Sang Pencipta amat mengasihimu,
kerana itu,
dia mengambil senyuman itu kembali,
supaya dikau tidak perlu lagi,
resah tentang diriku lagi,
dan bergembira di sana.

Aku yakin,
biarpun engkau sudah tiada lagi,
daripada pandanganku lagi,
Dia menggantikan lukisan yang begitu agung,
senyuman yang begitu menawan,
dengan yang lebih baik bagiku.

Aku berdoa,
supaya senyuman itu,
sentiasa terpahat di hati ini,
sebagai suratan rinduku kepadamu,
aku juga berdoa,
agar kau jua akan sentiasa senyum,
tika engkau berada di sana,
berada di bawah naungan-Nya.

#nukilan khas untuk Allahyarham Zainal bin Sabirin, datukku, semoga kau bergembira di sana. Al-Fatihah buat Allahyarham dan juga seluruh umat Islam yang sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.

Thursday, March 7, 2013

Mengejar Cinta Ilahi


Telah jauh aku berjalan,
di bumi yang penuh dengan nodaan dan cobaan,
telah jauh aku berlari,
mengejar cinta yang diimpi dan dicari.

Tetapi,
berjayakah aku mencuri secebis cinta itu?
mampukah aku mengejar cinta itu?
kuatkah lagi kaki ini berlari mendapatkan cebisan itu?
berdayakah tangan ini menangkap cinta itu?

Diri ini telah penat berlari,
diri ini tidak mampu mengejar cinta itu,
tika itu,
diri ini diselubungi kegelapan,
diri ini dicemari kemaksiatan,
diri ini dinodai keduniaan,
diri ini dicabuli kezaliman.

Adakah aku masih ada peluang mendapat cinta daripada-Nya,
Tika diri ini tidak mampu lagi untuk berlari ke arahnya?
Adakah aku layak untuk mengambil sedikit cebisan itu,
Tika diri ini tidak berdaya lagi untuk menangkap cebisan itu?

Masa berlalu begitu laju,
Umur berlalu begitu pantas,
tapi apakah segala aku buat ini kerana-Nya?
apakah aku diracuni nodaan dunia,
apakah aku dilumpuhkan oleh cobaan dunia,
sehingga aku merasa tidak berdaya mendapat cinta-Nya?

Aku tidak mahu lagi digelar sang pengecut,
aku tidak mahu lagi digelar si lemah,
yang tidak bisa mengangkat kakiku yang lemah ini,
yang tidak bisa menguatkan tanganku yang tidak berdaya lagi,
untuk mendapat permata yang begitu berharga.

Aku tidak mahu berputus asa!
Aku mesti kuatkan kakiku untuk terus berlari!
Aku mesti kuatkan tangan ini untuk terus mencoba,
mengambil cinta itu untuk disematkan dalam hati ini,
untuk mengubati diri ini yang telah diracuni,
untuk menyembuhkan diri yang telah lumpuh.

Aku bangkit daripada rebah,
Aku mengangkat kaki ini dan terus berlari,
Aku terus mengejar sehingga aku mendapat cinta itu,
Aku pasti aku akan dapat mengambil cebisan cinta itu,
untuk menjadi penawar hati ini,
dan menjadi peneman diriku sepanjang hidupku.

Ya Allah,
masihkah engkau memberi peluang untukku?
masihkah engkau kasih kepada diri yang hina ini?
masihkah aku layak mendapat cinta-Mu yang amat berharga?

Aku akan terus berlari hingga ke destinasi~

First!!

Ermm..
Kali pertama koreografi jariku di atas papan kekunci di laman ini..
Bagaimana ingin ku angkapkan??
Takpe la.. Sedang belajar seni menulis dari sahabat..
"Aku jeles la tengok korang pandai buat blog.. Pastu best pulak tu.."
Perasaan cemburu menghantui tangan ini.
Cemburukan pena sahabat yang begitu menyayat hati.
Cemburukan tarbiah bagi buah hati ini.
Cemburukan pemburu cinta Ilahi.
Adakah begitu jauh perlu aku berlari untuk mendapatkan cebisan cinta daripada-Nya?
Renungan buat diri ini.

Sekadar ini penulisan penaku. Semoga blog ini memanfaatkan semua! :)