senyuman itu,
sentiasa terukir di wajah itu,
biarpun pemilik senyuman itu,
hatinya gusar tika kesusahan,
dirinya gelisah tika kemusykilan.
Senyuman itu,
amat memukau hati ini,
sebagai penghibur diri,
tika masalah melanda diri ini,
aku mengerti,
dia tidak mahu lagi melihat diri ini bersedih,
dia tidak sanggup lagi melihat aku menangis,
dia tidak berdaya melihat diri ini berduka.
Senyuman itu,
tidak dapat ku lupakan,
karena sentiasa terbayang lakaran senyuman itu,
yang terukir di hati ini,
sebagai penghias hari-hariku,
lukisan yang begitu indah.
Tetapi kini,
aku tidak dapat lagi,
melihat lakaran itu,
menatap lukisan itu,
merenung senyuman itu,
kini senyuman itu tinggal kenangan.
Aku mengerti,
Sang Pencipta amat mengasihimu,
kerana itu,
dia mengambil senyuman itu kembali,
supaya dikau tidak perlu lagi,
resah tentang diriku lagi,
dan bergembira di sana.
Aku yakin,
biarpun engkau sudah tiada lagi,
daripada pandanganku lagi,
Dia menggantikan lukisan yang begitu agung,
senyuman yang begitu menawan,
dengan yang lebih baik bagiku.
Aku berdoa,
supaya senyuman itu,
sentiasa terpahat di hati ini,
sebagai suratan rinduku kepadamu,
aku juga berdoa,
agar kau jua akan sentiasa senyum,
tika engkau berada di sana,
berada di bawah naungan-Nya.
#nukilan khas untuk Allahyarham Zainal bin Sabirin, datukku, semoga kau bergembira di sana. Al-Fatihah buat Allahyarham dan juga seluruh umat Islam yang sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment