Thursday, March 7, 2013
Mengejar Cinta Ilahi
Telah jauh aku berjalan,
di bumi yang penuh dengan nodaan dan cobaan,
telah jauh aku berlari,
mengejar cinta yang diimpi dan dicari.
Tetapi,
berjayakah aku mencuri secebis cinta itu?
mampukah aku mengejar cinta itu?
kuatkah lagi kaki ini berlari mendapatkan cebisan itu?
berdayakah tangan ini menangkap cinta itu?
Diri ini telah penat berlari,
diri ini tidak mampu mengejar cinta itu,
tika itu,
diri ini diselubungi kegelapan,
diri ini dicemari kemaksiatan,
diri ini dinodai keduniaan,
diri ini dicabuli kezaliman.
Adakah aku masih ada peluang mendapat cinta daripada-Nya,
Tika diri ini tidak mampu lagi untuk berlari ke arahnya?
Adakah aku layak untuk mengambil sedikit cebisan itu,
Tika diri ini tidak berdaya lagi untuk menangkap cebisan itu?
Masa berlalu begitu laju,
Umur berlalu begitu pantas,
tapi apakah segala aku buat ini kerana-Nya?
apakah aku diracuni nodaan dunia,
apakah aku dilumpuhkan oleh cobaan dunia,
sehingga aku merasa tidak berdaya mendapat cinta-Nya?
Aku tidak mahu lagi digelar sang pengecut,
aku tidak mahu lagi digelar si lemah,
yang tidak bisa mengangkat kakiku yang lemah ini,
yang tidak bisa menguatkan tanganku yang tidak berdaya lagi,
untuk mendapat permata yang begitu berharga.
Aku tidak mahu berputus asa!
Aku mesti kuatkan kakiku untuk terus berlari!
Aku mesti kuatkan tangan ini untuk terus mencoba,
mengambil cinta itu untuk disematkan dalam hati ini,
untuk mengubati diri ini yang telah diracuni,
untuk menyembuhkan diri yang telah lumpuh.
Aku bangkit daripada rebah,
Aku mengangkat kaki ini dan terus berlari,
Aku terus mengejar sehingga aku mendapat cinta itu,
Aku pasti aku akan dapat mengambil cebisan cinta itu,
untuk menjadi penawar hati ini,
dan menjadi peneman diriku sepanjang hidupku.
Ya Allah,
masihkah engkau memberi peluang untukku?
masihkah engkau kasih kepada diri yang hina ini?
masihkah aku layak mendapat cinta-Mu yang amat berharga?
Aku akan terus berlari hingga ke destinasi~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment